Facebook

Friday, March 14, 2014

Perjalanan ke Terengganu di Hari Jumaat


Alhamdulillah hari ini berkesempatan ke Terengganu dengan sahabat baik saya sejak sekolah menengah di MRSM Pengkalan Chepa, Fatimah Suhana. 

Sebelum bertolak, saya menghantar suami ke KL Sentral, dari sana dia menaiki KLIA Express untuk menaiki kapal terbang ke Vietnam di KLIA. Begitulah jika suami outstation, saya akan meluangkan masa bersama kawan-kawan. Sejak saya buat bisnes ni, lebih banyak saya bertemu dengan kawan-kawan yang memang dah lama tak jumpa. Ada seorang pelanggan saya pernah berkata, perniagaan ini cuma jambatan untuk kita bertemu dengan seseorang yang Allah takdirkan kita untuk berjumpa.

Nak cerita pagi ini pula perut saya mula memulas, macam sembelit. Masuk tandas 4-5 kali sampai cemas jugalah takut terlambat hantar suami dan tertinggal flight. Nak kemas baju kejap masuk tandas. Nak buat air masuk tandas. Sampai nak tengok Dr Azizan Osman kat TV3 positif pagi, tajuk Jutawan Akhirat nak pasang suara kuat biar dengar dalam tandas. Tapi tak sempat hehe.

Dah lama tak kena sakit perut masa kecemasan ni pula jadi.
Penghabisan makan kolagen el marino tu alhamdulillah sembelit pun keluar macam cirit-birit. Sampai 2 kali. Maaflah sebab tak senonoh cerita pasal buang air.
El marino collagen

Saya pun buka katalog Elken untuk tengok apa yang sesuai untuk dimakan.
Sebelum bertolak saya singgah dulu untuk beli Probyo dan terus makan.

Alhamdulillah dah tiada sakit perut sampai sekarang lebih kurang 2 jam dah makan probyo. 

Gembira sangat sebab produk elken ni bagus dan macam klinik pula bagi saya yang lebih suka memilih makanan alternatif berbanding ubatan.

Harini dalam kalut-kalut sempat ada orang telefon bertanya pasal elmarino dan royal expert white.
Alhamdulillah.

Nanti saya kongsikan pasal produk yang  untuk diabetes dan darah tinggi yang saya dah beli untuk suami dan mak. Dan juga untuk wanita dalam usaha saya untuk mendapat cahaya mata.

Sekarang saya menulis sambil berehat di Genting Sempah. Ok nak sambung memandu.

Probyo
Probyo

Maslina


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates